Thursday 10 May 2012

KSN dan BBQ PPTD

Artikel ini ditulis selepas perbincangan dengan rakan-rakan bloggers di Putrajaya..

Selama ni KSN tak pernah hadir program anjuran PPTD pun kecuali Majlis Buka Puasa. Sebab KSN selalu cakap dalam beberapa majlis yang KSN bukan seorang PTD. KSN juga selalu cakap yang PTD ni kurang bijak dari doktor, pensyarah dan sebagainya mengambil kira kelulusan akademik yang diperlukan untuk masuk PTD.

Kenyataan 'kurang bijak' dari seorang pemimpin. Nampak sangat cetek pemikiran dan rendah maruah orang yang bercakap. Kalau KSN bukan PTD, adakah dia akan berpeluang naik jadi KSN? Adakah dia akan jadi KSN kalau KSN bermula sebagai pegawai skim lain dulu? Kenapa pula KSN mahu anak bongsu yang dapat biasiswa JPA (walaupun tak layak sebab ranking paling bawah) tu jadi PTD lepas tamat belajar nanti?

Jadi untuk apa hadir program PPTD lagi? Apakah kerana sudah 'hampir nazak', baru KSN nak bertaubat dengan menyedari asal usul dan 'kembali ke pangkal jalan'? Memang tidak dapat dinafikan KSN seorang pelakon hebat sampai YAB PM pun terpedaya kununnya KSN tidak terlibat dalam SBPA!

Apa pun, terima kasih kepada KSN kerana telah jatuhkan maruah dan menghina PTD selama jadi pemerintah yang 'serba tak tahu'. Kita akan ingat sampai bila-bila. Tidak pernah ada KSN sebelum ini yang meletakkan maruah PTD serendah-rendahnya seperti mana dibuat oleh KSN Sidik Hasan.

Kita harap PPTD tidak perlu buat majlis persaraan untuk KSN nanti. Biarlah persatuan/kesatuan guru atau doktor (yang selalu KSN agungkan) yang buatkan majlis untuk KSN. Sebaliknya marilah para PTD semua sedekahkan pisang-pisang ke banglo baru KSN yang dibina hasil projek kerajaan yang di'pow' menantunya dan hasil duit kambinghitamkan orang lain untuk sambung jadi KSN.

________________________________________________________________________________

Komen kita:

Amik kau KSN!

Sidik Berhenti Pegawai Aman


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.