Thursday 26 April 2012

Kisah KSU yang kecewa tidak sambung kontrak

Agak melucukan bila mendengar seorang KSU yang akan tamat kontrak menyalahkan Menterinya kerana tidak mahu sambung kontrak beliau. Sedangkan sebelum ini beliau telah disambung kontrak beberapa kali.

Pelbagai cubaan beliau lakukan untuk sambung kontrak termasuk membodek KSN bersungguh-sungguh. Tapi lihatlah apa yang terjadi?

Orang-orang di kementeriannya pun sudah tidak mahu beliau disambung kontrak lagi.

Kita tertanya-tanya, apakah keistimewaan seseorang pegawai atasan hinggakan mereka perlu disaung kontrak berkali-kali seperti KSN? Tidak ada perkhidmatan awam di dunia yang buat sebegini.

Kita minta supaya YAB Perdana Menteri agar melakukan transformasi dalam perkhidmatan awam dengan tidak memberi penyambungan kontrak atau tawaran secara kontrak bagi mana-mana pegawai atasan yang telah capai umur persaraan wajib! Itupun jika YAB PM benar-benar percaya kepada keupayaan PENJAWAT AWAM MALAYSIA.

Jika, KSU berkenaan seorang Ketua Kerani yang hebat, adakah beliau akan ditawarkan kontrak selepas bersara wajib?

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.