Tuesday 24 April 2012

Kisah si kemaruk jawatan KSN

Sekarang ini KSN selalu cakap beliau tidak lama lagi akan tamat kontrak. Itu di mulut kurang wangi beliau saja. Sedangkan beliau dah minta sambung kontrak dari PM. Mungkin sebab banyak lagi loan banglo Putrajaya nya yang berharga jutaan RM hendak dibayar? Apa pun alasannya, warga Putrajaya telah membuat keputusan, sekiranya KSN disambung kontrak, maka kita akan tunjukkan protes dalam PRU akan datang!

Sekarang ini juga muncul seorang pegawai kanan tertinggi kerajaan bukan dari kalangan KSU yang sudah menjaja cerita kononnya beliau bakal jadi KSN. Dikhabarkan, nama beliau dicadangkan oleh KSN sendiri. Apa istimewanya beliau berbanding para KSU sedangkan beliau lebih banyak menguruskan projek-projek penswastaan? Adakah kerana beliau banyak bagi projek kepada menantu KSN itu? Macam la kita tak tahu wahai KSN.

Tahukah beliau tentang hal-ehwal perkhidmatan, tanah, keselamatan, pentadbiran daerah, hal-ehwal antarabangsa dan sebagainya? Pernahkah beliau berurusan dengan kesatuan dan persatuan? Menjaga projek tidak sama seperti menjaga manusia.

Kita tidak akan menentang jika benar beliau dilantik sebagai KSN. Tapi tidak perlulah melobi merata-rata. Nampak kemaruk sangat Yob (pinjam kata-kata YB Kulim). Nanti kita menyampah.

Penjawat awam merasa amat tersiksa di bawah pemerintahan KSN sekarang yang hanya mempunyai satu latar belakang/kepakaran iaitu perdagangan sahaja. Sila lihat CV beliau. Lihatlah apa kesannya kepada penjawat awam bila dapat KSN yang tidak ada banyak pengalaman lain.

Penjawat awam semua telah diperdagangkan KSN sesuka hati!

Adakah YAB PM yang mendengar denyut nadi rakyat akan melakukan kesilapan sekali lagi dengan memperjudikan masa depan penjawat awam apabila melantik pengganti KSN yang sama latar belakang seperti KSN sekarang?

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.