Sunday 22 April 2012

Masihkah Kau Ingat : 28 Disember 2011

 

Dipetik dari blog CUEPACS sendiri

29 Disember 2011
ISU SBPA: JPA-CUEPACS CAPAI PERSETUJUAN

Utusan Malaysia PUTRAJAYA
28 Dis 2011

Isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selesai sepenuhnya apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, majlis menandatangani MoU itu yang berlangsung hari ini berjalan lancar dengan disaksikan pengurusan tertinggi kedua-dua pihak.

JPA dan CUEPACS akan meneruskan perbincangan berhubung perkara-perkara umum yang berbangkit secara berkala setiap tiga bulan untuk dilaksanakan sekiranya sesuai.

Sebagai contoh, isu CUEPACS mahu kelayakan masuk perkhidmatan awam bagi mereka yang berkelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dinaikkan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, CUEPACS mencadangkan agar kelayakan minimum untuk menyertai perkhidmatan awam dinaikkan kerana beranggapan PMR sudah tidak lagi sesuai.

Abu Bakar berkata, bagi perkara-perkara yang hendak dilaksanakan tetapi melibatkan peruntukan kewangan akan dibentangkan kepada kerajaan terlebih dahulu untuk pertimbangan.

CUEPACS setuju opsyen SBPA dilanjutkan sehingga 15 Januari kerana masih ramai yang belum menerima borang memandangkan ia perlu diedarkan ke seluruh negara termasuk kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara,’’ katanya.

Posted by CUEPACS at 8:18 PG

_____________________________________________________________

Komen kita:

Aik dah sign MoU pun boleh mengkhianati lagi?
Kerana takhta? harta? wanita? Pemimpin jenis apa ini?
Tak mengaku sign MoU?
Tapi kenapa blog CUEPACS yang masukkan artikel ini?
Hanya Presiden CUEPACS boleh menjawabnya.
Menariknya, kita dimaklumkan MoU ini diemelkan kepada KSN.
Tapi macam biasa, KSN cakap TAK TAHU MENAHU!
Apa yang KSN tahu? Yang KSN tahu:
  1. Amik biasiswa JPA untuk anak tersayang
  2. Pengerusikan mesyuarat SBPA untuk buat gaji tinggi bagi diri sendiri
  3. Pakar dalam urusan kambing hitamkan orang lain dan lepaskan diri bila penjawat awam  marah SBPA

Dokumen diperolehi daripada:

PENDEK KATA, Poket didahulukan, Famili diutamakan…

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.