Tuesday 24 April 2012

Siapa 'MISAI' di Putrajaya?

Entah. Kita pun tidak kenal siapa MISAI tu. Tapi mendengar cerita dari beberapa penjawat awam senior di Putrajaya memang menarik untuk kita kongsikan.

Mereka (mereka=ramai!) kata si MISAI pegawai paling lama berkhidmat di Bahagian Servis JPA dari mula lapor diri dulu sampai lah dikeluarkan oleh KPPA sekarang. Dia ni orang kuat Tan Sri Ismail Adam (TSIA) semasa TSIA jadi KPPA. Dia ni lah yang banyak pool kan mana-mana pegawai yang tidak disukainya dengan menggunakan alasan "ARAHAN KPPA".

SI MISAI selalu mesyuarat berdua dengan TSIA tentang hal-hal perkhidmatan, walau sepatutnya mesyuarat itu dihadiri oleh pegawai lain seperti Pengarah Servis, Timbalan KPPA, Timbalan di Servis dan lain-lain. Ini memudahkan si MISAI mem pool kan pegawai yang tidak disukainya. Selalu di hadapan anak buahnya di Bahagian Servis dulu, si MISAI cakap dia boleh buat keputusan tentang sesuatu perkara dalam perkhidmatan awam hanya melalui perbualan telefon dengan TSIA!

Kata mereka (bukan seorang yang cakap!) lagi, si MISAI ini lah yang cadang buat pengambilan PTD kontrak buat pemegang biasiswa JPA. Si MISAI ni cadangkan agar TSIA minta penurunan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada KPPA. Dari kaedah ini, senang si MISAI nak ambil anak kroni seperti anak Timbalan KPPA sekarang, anak bekas KP ICU dan sebagainya untuk jadi PTD tanpa saringan yang ketat seperti PTD lain. Lihatlah apa jadi dengan PTD sekarang? HAPRAK!

Si MISAI juga telah cadang kepada TSIA untuk ubah pelantikan PTD tetap (melalui proses pengambilan biasa SPA) kepada PTD Kontrak juga. Alasannya, nak cari yang berkualiti. Bayangkan PTD akan dilantik kontrak selama 2 ke 3 tahun sebelum dilantik tetap. Jika pencen nanti, tempoh kontrak berkenaan tidak akan dikira. Nasib baik KPPA sekarang amat prihatin dan minta SPA batalkan kaedah kontrak ini.

Bila KPPA sekarang ganti TSIA, si MISAI mula rasa kedudukannya terancam. Maklumlah sebelum TSIA tamat kontrak, si MISAI lah yang beria-ia cuba halang KPPA sekarang jadi KPPA menggantikan TSIA dengan menggunakan alasan yang "kurang bijak" sebab dia tahu KPPA sekarang merupakan seorang yang tegas.

Biasalah, orang  banyak buat salah, ibarat 'cacing kepanasan' yang mengakibatkan si MISAI tersilap langkah dan ditukarkan oleh KPPA sekarang. Bila KPPA sekarang tukarkan si MISAI, si MISAI mula memberontak sampai sanggup berjumpa KSN untuk mengadu. Sedangkan masa si MISAI berkuasa, dia amat marah kalau orang mengadu kepada KPPA dan KSN bila tidak berpuas hati terhadap tindak-tanduknya.

Sepanjang berkhidmat, ramai penjawat awam senior mempersoalkan dari mana si MISAI mendapat HARTA yang banyak. Selalu si MISAI cakap keluarga dia dulu kaya. Tapi jiran sekampungnya sendiri cakap keluarganya tidaklah terlalu kaya. Jadi kita minta Ketua Jabatan nya siasat punca perolehan harta dia yang menyebabkan dia hidup melebihi pendapatan yang diperolehi sebagai penjawat awam. Adakah dia telah melakukan PENGISYTIHARAN HARTA? Bila si MISAI ni isytihar?

Sewaktu kemelut SBPA ini berlaku, maka TSIA berpakat dengan si MISAI untuk cari kelemahan SBPA dan jatuhkan KPPA sekarang. Lagipun kan si MISAI masih menaruh dendam kesumat (bukan dendam berahi ye) dengan KPPA sekarang kerana keluarkan dia dari JPA. Satu tindakan berani KPPA yang tidak mampu dibuat oleh mana-mana KPPA sebelum ini.
Si MISAI sangat gembira kemelut SBPA ini berlaku kerana dia berangan-angan untuk balik ke JPA sebagai Pengarah Servis. Dia berpakat dengan anak buah kesayangannya si PANJANG yang sedang Cuti Belajar tu untuk sebarkan fitnah dan cerita negatif berkaitan SBPA. Anak buah kesayangannya pun sedang mengintai peluang untuk balik semula ke jawatan lama sebagai Timbalan Pengarah di Bahagian Servis yang jaga JUSA.

Siapakah si MISAI dan si PANJANG? Kita dan Ketua Jabatannya malah TSIA sangat TAHU dan KENAL mereka berdua. Buat Ketua Jabatan si MISAI, ambillah tindakan ke atas si MISAI yang MUNGKIN memeras ugut pegawai yang ingin naik ke JUSA dengan habuan tertentu.

Kita tidak pernah terfikir pegawai yang menjaga naik pangkat JUSA selama ini amat mudah terdedah dengan gejala rasuah kan?

P/s: Dulu masa kena tukar keluar dari JPA, si MISAI cakap nak BERSARA PILIHAN sebab merajuk. Bila lagi? Kan dah kenyang makan hasil masyukkk selama jaga JUSA dulu.

Dengan segala hormat dan cepatnya, DIPERSILAKAN BERSARA...






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.