Sunday 13 May 2012

Masihkah Kau Ingat: Bekas KP MAMPU

Kasihnya ibu, membawa ke syurga. Betapa mulianya taraf seorang ibu.

Ketika kita semua memperingati jasa dan pengorbanan para ibu, kita dimaklumkan oleh para senior berkenaan kisah bekas Ketua Pengarah (KP) MAMPU yang ada kaitan dengan kasihnya seorang anak terhadap ibunya.

Kisah terjadi sewaktu KSN Sidik Hasan mula-mula jadi KSN. Masa itu kita sangkakan KSN akan membawa pembaharuan positif dalam perkhidmatan awam. Namun jangkaan kita meleset. KSN sudah mula tunjuk sikap sebenar. Patutlah pegawai di MITI raya sakan bila KSU mereka tiada lagi di MITI.

Kita ingin kongsikan kisah Datuk Yaacob Husin, bekas KP MAMPU. Kita dimaklumkan KP MAMPU pada ketika itu sering menjaga ibunya yang sakit, sesuai dengan sifat seorang anak yang soleh. Tapi rupanya KSN Sidik Hasan tidak suka mempunyai seorang pegawai yang bersifat ‘anak soleh’ sebaliknya mahukan pegawai yang mementingkan tugas melebihi segalanya. Maka Datuk Yaacob telah ‘diturunkan pangkat’ dan ditukarkan sebagai Pengarah di JPA. Datuk Yaacob tidak langsung diberi peluang untuk memberikan penjelasan dan mempertahankan diri. Jika benar tidak sukakan Datuk Yaacob pun kenapa perlu sampai diturunkan pangkat?

Sejak dari itu kita boleh lihat KSN Sidik Hasan telah bertindak kejam terhadap pegawai yang menentang KSN. Penjawat awam terutamanya pegawai pengurusan tertinggi hanya jadi YES MAN. Mana pegawai yang bersuara akan diturunkan pangkat atau dimasukkan ke dalam ‘pool’. Kita boleh lihat pegawai JUSA dan ke atas yang masuk ‘pool’ semakin bertambah tahun demi tahun di bawah regim SIdik Hasan. Hingga dikatakan di bawah regim Sidik Hasan sudah boleh ditubuhkan JABATAN POOL, menunjukkan betapa ramainya pegawai yang masuk ‘pool’

Maka lihatlah kesannya terhadap Perkhidmatan Awam Malaysia yang tidak berkembang akibat daripada budaya YES MAN pegawainya kerana takut dengan KSN. Budaya ini telah menjadi semakin parah dalam isu SBPA bila pegawai-pegawai  yang menjadi YES MAN  KSN dalam membentuk SBPA yang mengikut acuan dan kehendak nafsu KSN telah dipersalahkan dan dikambinghitamkan.

Hanya orang yang BODOH sahaja yang akan mempercayai cakap KSN bahawa KSN tidak tahu menahu dalam SBPA sedangkan KSN yang pengerusikan mesyuarat SBPA ini sejak 2007 lagi.

Semoga PM tidak akan termasuk dalam golongan yang mempercayai cakap KSN.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.