Tuesday 19 February 2013

Jasa Sidik Hasan 7: Jahanamkan PTD

Kita dimaklumkan selalu Sidik Hasan cakap beliau bukan PTD tapi KSN untuk semua. Nampak sangat kurang cerdiknya beliau. Kalau dia tu bukan dari PTD, ada peluang ka jadi KSN? Apa salahnya cakap beliau PTD dan KSN untuk semua. So kenang budi la sikit jasa PTD tu. Tapi kita pun kenal si pendek Sidik Hasan ni mana pernah kenang budi. Entah-entah nak mengaku Melayu pun malu. Tu yang asyik jahanamkan bangsa sendiri

Kalau perjumpaan dengan pegawai-pegawai dari skim lain, Sidik Hasan akan kutuk PTD. PTD dikatakan terlalu cepat naik pangkat. Di hadapan pegawai skim lain sewaktu majlis JUSA Sidik Hasan pernah cakap bahawa kelulusan akademik PTD lebih rendah dari para doktor tapi lebih cepat naik pangkat. Si pendek Sidik Hasan ni tak sedar ke PTD baru sekarang ramai yang mempunyai kelulusan akademik yang hebat-hebat seperti kejuruteraan, undang-undang, malah sains perubatan?

Maka penyelesaian Sidik Hasan yang bijak sini aje ialah banyak jawatan peringkat tertinggi yang disandang PTD pun telah diberikan kepada skim lain. Tidak salah kalau nak bagi jawatan tertinggi kepada skim lain.

Tapi kalau dah bagi jawatan PTD kepada skim lain, kenapa dibenarkan skim lain senang-senang masuk PTD di pelbagai peringkat? Apa alasannya? Skim lain tak boleh naik pangkat setinggi PTD? Dah bagi banyak jawatan kepada bukan PTD jadi sudah ada banyak peluang untuk naik pangkat. Tak nampak lagikah?

Ini tidak, asal tukar skim saja, semuanya Sidik Hasan suruh masuk PTD. Nak kata pegawai berkenaan cemerlang? Apakah skim lain tidak memerlukan pegawai yang cemerlang? Cemerlang sebagai pegawai skim lain belum tentu cemerlang sebagai PTD.

Kalau nak sangat masuk PTD, letakkan syarat wajib ikuti kursus DPA. Biar rasa susah payah sikit jadi PTD. Ini tidak. Senang-senang goyang kaki masuk PTD.

Mungkin sebab SIdik Hasan yang kurang cerdik tu hanya tahu bahawa dalam perkhidmatan awam Malaysia ni hanya ada skim PTD saja. Itu yang semua nya nak dimasukkan dalam PTD macam Pegawai Khas beliau yang dari skim teknologi maklumat tu.

Tapi dalam asyik menjahanamkan PTD, Sidik Hasan mahu anak bongsunya jadi PTD. Kenapa ya?

Dan selepas SIdik Hasan telah menjahanamkan perkhidmatan awam dengan cemerlangnya, akan tenteramkah anaknya sebagai PTD nanti?








No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.