Tuesday 19 February 2013

Kisah Pelaksana Tugas KPPA 5

Wah...

Semakin berkuasa si pelaksana tugas KPPA ini.

Khabarnya dia baru pulang bercuti membawa keluarga ke luar negara tapi menggunakan peruntukan jabatan atas alasan ingin melawat pejabat luar negara JPA. Perlukah guna peruntukan jabatan? Kenapa pergi waktu peruntukan jabatan berkurangan? Kenapa pergi sewaktu laksana tugas sebagai KPPA?

Penting sangatkah lawat pejabat berkenaan sedangkan KPPA sebelum ini pun tidak melawat pejabat berkenaan? Belum jadi KPPA dah pandai guna duit kerajaan sesuka hati. Layakkah jadi KPPA dengan sikap sebegini?

Katanya ditaja company consultant Mail Adam tu? Bukankah ini salah guna kuasa?

Kita dimaklumkan akibat ingin beri peluang si pelaksana tugas KPPA ke luar negara, maka peruntukan kewangan JPA banyak telah dipotong. Elaun overtime kumpulan bawahan juga telah ditahan...

Dalam akhbar bukan main ingatkan penjawat awam tentang disiplin dan salah laku. Pekeliling macam-macam dikeluarkan. Tapi diri sendiri yang langgar semuanya. Cakap tak serupa bikin.

Orang bawahan hidup susah dan dikenakan bermacam-macam peraturan karut zaman purba tapi orang atasan seperti si pelaksana tugas KPPA ini boleh salah guna kuasa sewenang-wenangnya?

Kita harap KSN pandang serius salah guna kuasa si pelaksana tugas KPPA yang semakin menggila.


BERSAMBUNG....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.