Tuesday 19 February 2013

Sebuah Janji Ditepati...

Pandangan menarik seorang pegawai kanan Kerajaan yang kami jumpa dalam majlis bersama YAB PM baru-baru ini.

"Kerajaan SIdik Hasan dulu tubuhkan Task Force di mana Mail Adam Pengerusinya untuk tambahbaik SBPA tapi akhirnya SBPA dibatalkan dan diberi SSM yang kononnya lebih baik dari SBPA tapi sebenarnya haprak.

Kerajaan juga tubuhkan Suruhanjaya penambahbaikan gaji penjawat awam di mana Tuan Zaki pengerusinya. Kerajaan janji hasilnya akan diumumkan hujung tahun ini. Tapi habuk pun tarak...

Kerajaan sebaliknya janji nak kaji elaun pula. Entah bagaimana pula hasilnya nanti. Belum mula kajian sudah diumumkan pula. Mungkin gaya kepimpinan restoran mamak yang diterapkan.

Yang pasti. penjawat awam telah ditipu. Gaji tak naik, tapi Barang Naik.

Selain itu, Kerajaan amat mengutuk keras pembangkang yang dicanangkan akan membuang penjawat awam sekiranya menguasai Putrajaya tapi akhirnya Kerajaan juga yang membuang penjawat awam sewenang-wenangnya seperti mana yang dibuat kepada Tan Sri Abu Bakar.

Kerajaan janji macam-macam untuk pujuk penjawat awam. Semuanya dijanjikan kepada penjawat awam demi survival politik selepas keputusan salah Kerajaan tamatkan Tan Sri Abu Bakar. Bila diperlukan, ditatang bagai minyak penuh, bila tidak perlu, dibuang bagai 'anjing kurap' sampai lupa semua jasa sewaktu lama bertugas bersama di Kementerian Pertahanan. Penjawat awam masih mempersoalkan tindakan ini sehingga kini dan akan ingat dosa besar ini sampai bila-bila.

Kerajaan kata penjawat awam ibarat 'anak' sendiri, (pernah sekali kata macam tiang seri) tapi peruntukan perbelanjaan untuk 'anak' sendiri tidak dipedulikan sebaliknya amat berkira serta kedekut. Nak naik gaji, kata takda duit tapi belanja untuk bukan 'anak' sendiri banyak pula duitnya.

Yang teruk buat kerja ialah 'anak' sendiri tapi yang menuai hasilnya rupanya 'anak orang lain'

Terima kasih atas sebuah janji ditepati.

Hasil transformasi PEMANDU yang tiada destinasi."





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.