Diterima dari seorang pengadu :
Encik A (junior) dan Encik B (senior) berada di skim dan gred yang sama iaitu DG44. TPG Encik A (junior) ialah Jan, TPG Encik B (senior) ialah Okt.
Pada 31/12/2011, Encik A (junior) berada pd T5 dan Encik B (senior) berada pada T6. Perbezaan tangga gaji ini jelas menunjukkan bhw mereka dari batch yang BERBEZA (junior dan senior). Ini kerana pada 31/12, semua org sudah naik w'pun mereka mempunyai TPG yang berbeza.
Ini bermaksud, jika mereka dari batch yang SAMA, mereka mempunyai T yg SAMA pd 31/12. Dalam contoh ini, perbezaan T (iaitu T5 dan T6) pd 31/12 dengan jelas menunjukkan bhw mereka dari batch yang BERBEZA (junior dan senior).
Pada 31/12/2011, gaji Encik A (junior) pd T5 ialah RM3584.11. Gaji Encik B (senior) pd T6 ialah 3734.39.
Pada 1 Jan 2012, pindahan gaji 13% membolehkan Encik A (junior) mendapat gaji (1.13 x 3584.11) + KGT 250 =RM4300.04. Encik B (senior) mendapat gaji (1.13 x 3734.39) =4219.86. Dapat dilihat Gaji A (junior) MELEBIHI gaji B (senior).
Nota: Encik A (junior) layak KGT 250 segera kerana TPG Jan, sedangkan Encik B (senior) belum dapat KGT kerana TPG Okt.
Gaji Encik A (junior) MELEBIHI gaji Encik B (senior) berlarutan sehinggalah Okt 2012, iaitu TPG Encik B (senior). Selepas 3 bulan (Jan 2013), iaitu TPG Encik A (junior), gaji Encik A (junior) akan MELEBIHI gaji Encik B (senior) semula.
Ini BERULANG setiap tahun. Encik B (senior) hanya mempunyai kelebihan gaji (berbanding Encik A) untuk 3 bulan sahaja (Okt hingga Dis).
Fenomena gaji junior melebihi gaji senior TIDAK pernah terjadi dalam SBPA dan SSM!
_____________________________________________________________________________________________
Komen kita:
Masalah senior junior ini belum habis nampaknya. Malah lagi teruk bila diberi SSM Plus!.
Mana KSN yang pengerusikan mesyuarat SBPA dan SSM Plus?
Mana CUEPACS?
Yang jadi mangsa ialah KITA!