Thursday 5 April 2012

Kisah SSM Plus yang tidak nampak PLUSnya..

Sekarang ini ramai penjawat awam semakin sedar siapa sebenarnya di sebalik pembentukan SBPA. Penjawat awam juga sedar siapa di sebalik SSM Plus.

Penjawat awam telah mula sedar bahawa SSM Plus ini tidak ada yang PLUS nya berbanding SBPA. Ada yang menyatakan SSM untung jangka pendek, SBPA untuk jangka pendek dan panjang.

Ramai yang mula mengeluh tentang ketiadaan PLUS dan SSM Plus. KGT RM80 hingga RM320 dah ada dalam SBPA. Kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus juga ada dalam SBPA (selepas dicampur KGT baru SBPA 2012. Kira le jika tak percaya).

Sekali lagi JPA dipersalahkan.

Namun penjawat awam perlu tahu, cadangan kembali semula ke SSM Plus merupakan cadangan KSN. Malah mesyuarat pembentukan gaji baru di bawah SSM Plus pun dipengerusikan oleh KSN. Tetapi bila jadi masalah, tiada pula komen dari KSN seperti mana dalam SBPA dahulu apabila KSN dengan pantas mengenepikan KPPA untuk jadi hero di mata penjawat awam. Tapi haprak. Kita semua ditipu oleh KSN.

Yang menariknya, blog CUEPACS pun asik menceritakan berkenaan koperasi bukan lagi SSM Plus. Apakah kerana CUEPACS dah sedar penjawat awam mula marah kepada SSM Plus maka lebih baik layan koperasi? Bukankah Exco Tertinggi CUEPACS telah memohon pelepasan dari menjalankan tugas hakiki di pejabat semata-mata nak tumpukan SBPA dengan kebenaran KSN? Kita harap lepas ini KSN boleh beri pelepasan serupa kepada mana-mana ahli kesatuan yang nak jalankan tugas penting kesatuan.

Kini semua lepas tangan dalam SSM Plus yang banyak masalah ini. Yang jadi mangsa atas permainan politik CUEPACS dan KSN ialah KITA penjawat awam.

Moga-moga pihak JPA sedia bantu kita.....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.