Wednesday 4 April 2012

SSM Plus di 'engage' dengan siapa?

KSN sering mengatakan bahawa JPA tidak engage dengan pihak lain untuk buat SBPA hinggakan KSN, KSP, CUEPACS pun tidak tahu menahu berkenaan SBPA ini.

Kini telah wujud SSM Plus menggantikan SBPA. KSN yang pengerusikan mesyuarat pembentukan SSM Plus sama seperti SBPA (yang kemudian KSN lepas tangan)

Kita tertanya-tanya, dengan siapa KSN dan ahli mesyuarat engage? Adakah telah dibentangkan kepada ahli CUEPACS keseluruhannya? Berapa kali engagement dibuat dengan CUEPACS? Berapa kali dengan kesatuan guru dan lain-lain kesatuan seperti MTSU? Berapa kali engagement dengan Ketua Perkhidmatan berkaitan seperti doktor, guru, jurutera dan lain-lain?

Sekurang-kurangnya YAB PM sendiri menyatakan dalam Parlimen bahawa JPA telah adakan rundingan sebanyak 13 kali dengan CUEPACS (walau CUEPACS cakap tiada engagement) sehingga termeterainya MoU JPA dan CUEPACS pada 28 Disember 2011.

Khabarnya rupa bentuk SBPA telah ditunjukkan kepada CUEPACS sejak dari bulan Oktober 2011 lagi dan Lampiran C (jadual gaji) kesemuanya telah diserahkan kepada Setiausaha Agung CUEPACS.

Kita ketahui dalam artikel terdahulu bahawa membatalkan SBPA dan kembali ke SSM yang ditambahbaik bukan cadangan daripada JPA, CUEPACS dan Pasukan Semakan Semula SBPA.

Jika begitu, dengan siapa KSN engage sebelum mencadangkan SSM Plus ini kepada YAB PM? 



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.