Showing posts with label Teknik KSN nak sambung kontrak. Show all posts
Showing posts with label Teknik KSN nak sambung kontrak. Show all posts

Friday, 18 May 2012

Teknik KSN sambung kontrak: KSP disambung kontrak 3 bulan?

Nampak benar seperti apa yang kita katakan tentang teknik KSN nak sambung kontrak iaitu dengan menyambung kontrak pegawai atasan yang hampir tamat kontraknya dengan tarikh KSN tamat kontrak. Ulasan berkenaan perkara ini boleh dibaca di entri : http://kuasasebenarrakyat.blogspot.com/2012/04/teknik-istimewa-ksn-nak-sambung-kontrak.html

Kita tertanya-tanya, mana maruah pegawai pengurusan atasan yang disambung selama 3 bulan sahaja? Tak terasa kah bahawa penyambungan diberikan sebab pegawai kemaruk sangat sampai merayu-rayu untuk disambungkan kontrak?

Tak terasakah pegawai bahawa tempoh 3 bulan sama tarafnya seperti Pekerja Khidmat Singkat. Tapi apa pegawai berkenaan kesah kan?. Janji masyukkkkkkk. Pencen dapat, gaji kontrak pun dapat...

Tapi macam kita cakap, yang cadang KSP disambung kontrak ialah KSN. Untuk apa? Untuk sambung kontrak KSN juga.

Nantikan PRU13.......





Teknik KSN sambung kontrak: KSN akan bercuti ke luar negara ye?

Kita mendapat berita KSN akan bercuti ke luar negara. Ke negara yang dekat dengan Tuanku Agong bercuti. Nak ke London sama dengan Tuanku Agong,  KSN dah besar ke'malu'annya sebab bloggers tahu taktik murahan KSN sambung kontrak macam tahun lepas.

Untuk apa ya ke luar negara kali ini?? Untuk minta sambung kontrak? Atau untuk kambing hitamkan pegawai lain supaya dapat sambung kontrak lagi? Patutnya KSN berlepas semalam tapi mungkin sebab ada urusan dendam kesumatnya dengan seorang pegawai pengurusan atasan yang belum selesai untuk dikambinghitamkan, tambah pula bloggers dedahkan rancangan licik KSN nak sambung kontrak dengan kejar Tuanku ke luar negara, maka KSN pendamkan sekejap nafsu berahi nya dan dikhabarkan akan bercuti ke luar negara pada hujung minggu ini.

Khabarnya KSN akan bercuti bersama keluarga ke negara X bersama keluarga. Banyak duit KSN. Kata tak mampu nak taja anak ke luar negara. Tapi bercuti ke negara X mampu pula ye. Dasar PENIPU BESAR!

Mana KSN dapat duit banyak tu untuk bercuti bersama keluarga? Hasil duit menantu yang minta projek kerajaan tu ke? Atau hasil simpanan duit sebab anak dah dapat biasiswa JPA. Atau sebab tajaan kontraktor yang buat banglo KSN di Putrajaya tu? Biar pihak berkuasa menyiasat sumber duit melancong berkenaan.

Kita nak kongsikan maklumat yang diperolehi berkenaan percutian KSN ke negara X. Di manakah negara X? Biarlah rahsia.. hehehe.

Dari negara X, KSN akan naik train untuk ke London. Untuk apa ke London? Adakah kebetulan sebab dah rancang lama untuk ke London? Ataupun sebab KSN nak menghadap Tuanku Agong di sana. Keluarga tu dibawa sebagai mengabui mata kita semua. Lagipun, KSN ni kan kepala hotaknya berkilat yang kaki putar alam.

Kita dimaklumkan KSN akan bermain golf bersama Tuanku Agong pada hujung minggu ini di London. Kebetulan jugak ye KSN? Jauhnye bermain golf ye. Di Malaysia susah nak pujuk Tuanku Agong untuk sambung kontrak ke? Mungkin di tempat sejuk senang dipujuk ye.

Ini semua auta KSN untuk sambung kontrak macam tahun lepas. Tahun lepas KSN kejar PM kat US untuk sambung kontrak sebab PM tanak sambungkan kontrak KSN. Kali ni kejar Tuanku Agong pulak ye KSN?

Mana kita dapat maklumat? Bukan susah nak dapat maklumat pasal KSN sebab ramai penjawat awam yang menyampah dengan KSN sekarang. Dari mula KSN jejak kaki di airport sampai le ke luar negara, banyak mata penjawat awam yang menyampah dengan KSN akan memerhati. Jadi apa susahnya nak dapat maklumat pasal KSN dari penjawat awam yang semakin menyampah dengan KSN?





Sunday, 13 May 2012

Lagi teknik istimewa KSN nak sambung kontrak

Mei 2011 merupakan saat kritikal buat KSN. Waktu itu PM tidak setuju KSN disambung kontrak. PM pula merancang untuk bercuti ke luar negara. Tapi memandangkan loan banglo KSN yang belum selesai, maka KSN ambil inisiatif untuk kejar PM di luar negara untuk merayu dan memujuk PM sambung kontraknya.

Kali ini kita dimaklumkan PM akan ke luar negara lagi untuk urusan rasmi dan bercuti. Situasinya masih sama iaitu PM tidak mahu sambungkan kontrak KSN. Adakah KSN akan kejar PM di luar negara lagi sedangkan penjawat awam telah menolak KSN?

Sama-sama kita saksikan percaturan politik KSN di waktu KSN hampir tamat tempoh pemerintahan sebagai KSN. Kita lihat sama ada KSN akan turut bercuti ke luar negara di negara yang sama dengan PM seperti tahun lepas. Atau KSN akan cuba transit di negara yang sama transitnya dengan PM untuk bertemu PM di luar negara lagi.

Jika KSN mempunyai maruah, kita yakin KSN tidak akan lakukan. Tapi KSN yang kita kenal bukan pentingkan maruah langsung.

Sama-sama kita saksikan wayang KSN kali ini. 

Thursday, 3 May 2012

KSN menghadap Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong hari ini untuk minta sambung kontrak?

Kita baru menerima berita seperti di atas. KSN cuba untuk minta sambung kontrak melalui talian hayat terakhir iaitu ISTANA. Atau mungkinkah KSN mahu kambing hitamkan orang lain dengan menggunakan pengaruh ISTANA supaya KSN senang sambung kontrak? Moga-moga ISTANA bersih dari permainan politik kotor KSN!

Seperti mana dimaklumkan dalam entry terdahulu, menghadap Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong merupakan teknik istimewa KSN untuk sambung kontrak. Teknik inilah yang digunakan pada tahun lepas apabila YAB PM tidak mahu sambung kontrak lagi. Kini KSN cuba guna taktik sama lagi...

Kita dimaklumkan YAB PM tidak mahu menyambung kontrak KSN lagi. Tapi memandangkan loan banglo KSN banyak lagi belum dibayar, menantu orang putih KSN belum jadi jutawan dari projek kerajaan yang sedang diminta dari kementerian/Unit Penswastaan terkenal dan anak KSN yang belum dapat pergi ke UK untuk lanjut pelajaran, maka KSN amat berharap agar kontraknya dapat disambung. Jadi KSN gunakan talian hayat terakhir.

Kita telah menghantar isyarat jelas kepada KSN jika KSN sambung kontrak lagi, Putrajaya akan jatuh ke tangan pembangkang. Tinjauan pendapat di penghuni kuarters Putrajaya terkini menunjukkan 65% penghuni telah memihak ke pembangkang! Ceramah atau kuliah di surau-surau Putrajaya banyak diisi dengan ceramah dari PAS! KSN sedarkah ini semua?

Jika benar KSN mementingkan negara melebihi kepentingan peribadi, maka KSN sepatutnya SEGAN untuk minta sambung seperti mana KSN SEGAN minta bonus pada tahun 2007.

Apakah tindakan KSN yang menghadap Tuanku Agong pada tahun lepas (dan pada tahun ini jika betul) untuk meminta sambung kontrak boleh dikira sebagai menikam belakang YAB PM? Tapi biasalah KSN si lidah biawak. Dia buat takpa, orang lain buat akan dikenakan tindakan.

Oh, kita terlupa yang KSN memang suka tikam belakang. Apa sangatlah menikam YAB dari belakang kan? Malang sungguh penjawat awam memiliki KSN yang suka menipu dan penting diri sendiri..

"Tolonglah sambung kontrak patik Tuanku. Banyak lagi projek kerajaan menantu patik tu nak mintak"