Sunday 13 May 2012

Lagi teknik istimewa KSN nak sambung kontrak

Mei 2011 merupakan saat kritikal buat KSN. Waktu itu PM tidak setuju KSN disambung kontrak. PM pula merancang untuk bercuti ke luar negara. Tapi memandangkan loan banglo KSN yang belum selesai, maka KSN ambil inisiatif untuk kejar PM di luar negara untuk merayu dan memujuk PM sambung kontraknya.

Kali ini kita dimaklumkan PM akan ke luar negara lagi untuk urusan rasmi dan bercuti. Situasinya masih sama iaitu PM tidak mahu sambungkan kontrak KSN. Adakah KSN akan kejar PM di luar negara lagi sedangkan penjawat awam telah menolak KSN?

Sama-sama kita saksikan percaturan politik KSN di waktu KSN hampir tamat tempoh pemerintahan sebagai KSN. Kita lihat sama ada KSN akan turut bercuti ke luar negara di negara yang sama dengan PM seperti tahun lepas. Atau KSN akan cuba transit di negara yang sama transitnya dengan PM untuk bertemu PM di luar negara lagi.

Jika KSN mempunyai maruah, kita yakin KSN tidak akan lakukan. Tapi KSN yang kita kenal bukan pentingkan maruah langsung.

Sama-sama kita saksikan wayang KSN kali ini. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.