Friday 18 May 2012

Teknik KSN sambung kontrak: KSN akan bercuti ke luar negara ye?

Kita mendapat berita KSN akan bercuti ke luar negara. Ke negara yang dekat dengan Tuanku Agong bercuti. Nak ke London sama dengan Tuanku Agong,  KSN dah besar ke'malu'annya sebab bloggers tahu taktik murahan KSN sambung kontrak macam tahun lepas.

Untuk apa ya ke luar negara kali ini?? Untuk minta sambung kontrak? Atau untuk kambing hitamkan pegawai lain supaya dapat sambung kontrak lagi? Patutnya KSN berlepas semalam tapi mungkin sebab ada urusan dendam kesumatnya dengan seorang pegawai pengurusan atasan yang belum selesai untuk dikambinghitamkan, tambah pula bloggers dedahkan rancangan licik KSN nak sambung kontrak dengan kejar Tuanku ke luar negara, maka KSN pendamkan sekejap nafsu berahi nya dan dikhabarkan akan bercuti ke luar negara pada hujung minggu ini.

Khabarnya KSN akan bercuti bersama keluarga ke negara X bersama keluarga. Banyak duit KSN. Kata tak mampu nak taja anak ke luar negara. Tapi bercuti ke negara X mampu pula ye. Dasar PENIPU BESAR!

Mana KSN dapat duit banyak tu untuk bercuti bersama keluarga? Hasil duit menantu yang minta projek kerajaan tu ke? Atau hasil simpanan duit sebab anak dah dapat biasiswa JPA. Atau sebab tajaan kontraktor yang buat banglo KSN di Putrajaya tu? Biar pihak berkuasa menyiasat sumber duit melancong berkenaan.

Kita nak kongsikan maklumat yang diperolehi berkenaan percutian KSN ke negara X. Di manakah negara X? Biarlah rahsia.. hehehe.

Dari negara X, KSN akan naik train untuk ke London. Untuk apa ke London? Adakah kebetulan sebab dah rancang lama untuk ke London? Ataupun sebab KSN nak menghadap Tuanku Agong di sana. Keluarga tu dibawa sebagai mengabui mata kita semua. Lagipun, KSN ni kan kepala hotaknya berkilat yang kaki putar alam.

Kita dimaklumkan KSN akan bermain golf bersama Tuanku Agong pada hujung minggu ini di London. Kebetulan jugak ye KSN? Jauhnye bermain golf ye. Di Malaysia susah nak pujuk Tuanku Agong untuk sambung kontrak ke? Mungkin di tempat sejuk senang dipujuk ye.

Ini semua auta KSN untuk sambung kontrak macam tahun lepas. Tahun lepas KSN kejar PM kat US untuk sambung kontrak sebab PM tanak sambungkan kontrak KSN. Kali ni kejar Tuanku Agong pulak ye KSN?

Mana kita dapat maklumat? Bukan susah nak dapat maklumat pasal KSN sebab ramai penjawat awam yang menyampah dengan KSN sekarang. Dari mula KSN jejak kaki di airport sampai le ke luar negara, banyak mata penjawat awam yang menyampah dengan KSN akan memerhati. Jadi apa susahnya nak dapat maklumat pasal KSN dari penjawat awam yang semakin menyampah dengan KSN?





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.