Sunday 25 March 2012

Benarkah 36 Pegawai Premier Telah Pulangkan Kenaikan?


Dari Blog CUEPACS:


SBPA: 36 PEGAWAI PREMIER SETUJU PULANGKAN KENAIKAN
Sinar Harian
20 Mac 2012


PUTRAJAYA -  Kesemua 36 pegawai atasan kakitangan awam dalam Kategori Perkhidmatan Utama yang menerima gaji baru di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan, bersetuju untuk memulangkan 'kenaikan' yang diterima baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, ini berikutan pembatalan skim itu dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebagai Penjawat Awam yang bertanggungjawab, mereka telah bersetuju untuk memulangkan kenaikan itu (di bawah SBPA).

Lebih daripada separuh telah kembalikan manakala yang lain tidak sempat kerana berada di seberang laut," katanya kepada pemberita selepasa majlis syarahan "Chief Secretary Annual Lecture Series: The Fifth Estate-A space for Academia?" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa 36 pegawai atasan kakitangan awam telah menerima kenaikan gaji antara RM35,000 hingga RM60,000, di bawah SBPA.

SBPA diperkenalkan awal tahun ini telah mengundang keresahan dan tidak puas hati di kalangan penjawat awam, dan kerajaan pada 12 Jan lalu memutuskan supaya skim itu dikaji semula.

Pada 8 Mac,  Perdana Menteri mengumumkan pembatalan SBPA dan pengembalian kepada SSM yang ditambah baik.

Mengenai penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji penambahbaikan SSM, Mohd Sidek berkata, ia akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

"Saya akan bincang dengan pihak-pihak tertentu dan akan umumkan," katanya. - Bernama

__________________________________________________________________________________



Kepada KSN, saya ingin minta penjelasan tentang perkara berikut: 
  1. Siapa yang telah pulangkan?
  2. Siapa yang berada di seberang laut?
Berita ini bertarikh 20 Mac 2012 (Selasa). Bukankah pada 21 Mac 2012 (Rabu) telah diadakan Mesyuarat KSU dan Ketua Perkhidmatan (36 pegawai Premier) dan kesemua Premier berkenaan telah hadir dalam mesyuarat berkenaan. Cepat sungguh separuh dari 36 Premier berkenaan pulang dari seberang laut ya. Ke maksud seberang laut bagi KSN ialah di Pulau Pinang atau Sabah dan Sarawak? :-)

Sebagai penjawat awam yang bertanggungjawab ye? Kalau bertanggungjawab sangat, jangan le tipu rakyat cakap tidak terlibat dalam SBPA kalau pun tidak mahu bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul dalam SBPA!

Apalah nasib penjawat awam. Kena tipu lagi!



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.