Sunday 25 March 2012

KSN Tidak Terlibat Dalam SBPA? Faktanya...

Nampaknya KSN masih kata beliau tidak tahu menahu dan tidak terlibat dalam SBPA ini ye. Mari kita lihat fakta ini pula:


FAKTA 1: SBPA bermula dari punca kuasa Ucapan Bajet 2008 oleh YAB PM pada 7 September 2007. Antara petikan ucapan Bajet YAB PM pada ketika itu ialah:

"... Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan akan ditawarkan skim kontrak selama tiga tahun, serta prestasi mereka akan diberi ganjaran berasaskan KPI ... "


FAKTA 2: Pada ketika itu, Tan Sri Ismail Adam sebagai KPPA, Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai KSN dan YABhg. Pak Lah sebagai Perdana Menteri


FAKTA 3: Cadangan/draf awal saraan baru ini telah diluluskan Kerajaan pada 3 Oktober 2007


FAKTA 4: Cadangan/draf awal saraan baru ini telah ditangguhkan pelaksanaannya oleh Kerajaan pada 23 April 2008. KSN selalu mengatakan bahawa beliau yang membawa kepada Kerajaan untuk penangguhannya.


FAKTA 5: Cadangan/draf saraan baru ini telah dikemukakan semula selepas diluluskan KSN, kepada Kerajaan oleh KPPA (pada ketika itu Tan Sri Ismail Adam)  dan diluluskan Kerajaan pada 19 Mac 2010


FAKTA 6: Tan Sri Abu Bakar menggantikan Tan Sri Ismail Adam sebagai KPPA pada 1 Julai 2010. Tan Sri Ismail Adam dilantik sebagai rakan kongsi perunding HayGroup.


FAKTA 7: Sepanjang tahun 2011, sebanyak 13 mesyuarat/perbincangan dengan CUEPACS telah diadakan dan 6 kali mesyuarat telah dipengerusikan oleh KSN berkaitan pembentukan SBPA ini.


FAKTA 8: YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan SBPA menggantikan SSM dalam Ucapan Bajet 2012


FAKTA 9: Cadangan/draf saraan baru telah dikemukakan semula oleh Tan Sri Abu Bakar dengan diberi nama SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM dan diluluskan Kerajaan pada 11 November 2011.


FAKTA 10: SBPA adalah merupakan cadangan/draf yang sama yang telah telah diluluskan Kerajaan pada 19 Mac 2010 dengan beberapa penambahbaikan dari segi exit policy dan skim. Ia merupakan SEMAKAN SKIM, bukan PENYELARASAN GAJI seperti 2007.

_______________________________________________________________________ 


Berdasarkan fakta di atas, jelas menunjukkan proses pembentukan SBPA ini banyak dibuat semasa Tan Sri Ismail Adam sebagai KPPA dan Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai KSN (dulu, kini dan selamanya?).

Selain itu, YAB Perdana Menteri juga telah mengumumkan dalam Ucapan Bajet 2012 akan pembentukan SBPA ini. Jadi bagaimana KSN boleh cakap Kementerian Kewangan tidak tahu mengenai SBPA ini terutamanya berkaitan bajet yang diperuntukkan untuk SBPA? KSN juga cakap beliau tidak tahu menahu tentang SBPA.

Tak sangka pemimpin no. 1 penjawat awam bersikap sedemikian. Orang yang waras boleh nampak bahawa KSN memang TAHU dan TERLIBAT SEPENUHNYA dalam pembentukan SBPA!

Satu cubaan yang baik untuk KSN melepaskan diri dengan mengkambing hitamkan orang lain!



SBPA: Sidek (bukan nama sebenar) Berhenti, Pegawai Aman..



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.