Sunday 25 March 2012

JPA Yang Lambat Keluarkan Pekeliling?

 

Berita Harian Online

CUEPACS mahu JPA keluarkan segera pekeliling pelarasan gaji
2012/03/23

NILAI: CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengeluarkan pekeliling mengenai pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tapi kita sedang tunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya.

"Selagi pekeliling itu belum keluar semua agensi belum boleh buat kiraan gaji untuk membayar dan kita harap hujung bulan ini pekeliling itu mesti selesai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wacana bertajuk "Mentransformasikan Skim Perkhidmatan Institusi Pengajian Tinggi Awam" pada Program Sumbangsaran Intelektual Peringkat IPTA di sini hari ini. - BERNAMA
________________________________________________________________________________



Wahai Dato' Omar Osman, si pembela dan pejuang untuk 1.4 juta penjawat awam. Sudah nanyuk kah dikau bahawa dikau dan lagi tiga orang konco-konco dikau juga turut masuk mesyuarat berkaitan penyediaan Pekeliling ini yang dipengerusikan oleh KSN?

Kalau nak cepat, mintalah KSN yang cepatkan. Kenapa nak salahkan JPA?

Lagipun, masa SBPA dulu pun KSN yang pengerusikan mesyuarat SBPA tapi akhirnya KSN lepas tangan dan cakap tak tahu apa-apa dan tak terlibat dengan SBPA hingga letakkan semua kesalahan pada JPA. Kali ni pun nak salahkan JPA?

Sepatutnya tajuk berita itu ialah "CUEPACS mahu KSN segera selesaikan mesyuarat penyediaan pekeliling pelarasan gaji" .

Jangan jadi orang Munafik lagi sekali ye Dato'!




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.