Sunday 13 May 2012

Kisah Ketam Melayu vs Ketam Cina

 
   
Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.


Tiba-tiba bila terbaca kisah ini teringat kita dengan sikap KSN yang sama dengan KETAM MELAYU walaupun kita dimaklumkan KSN selalu tak mengaku dia Melayu dan sering juga memperlekehkan hak Melayu dalam pemberian biasiswa dan kenaikan pangkat!

Mari kita lihat sikap KSN si KETAM MELAYU ini:

1.    Kita dimaklumkan KSN akan tamat kontrak Jun nanti. Sebelum berhenti, kita dimaklumkan KSN mahu pegawai yang terlibat dalam SBPA dikambing hitamkan dengan hukuman berat! Amat jijik sekali sikap KSN anda semua.

2.    Anak KSN boleh dapat biasiswa JPA walaupun dari segi jumlah pendapatan keluarga, anak KSN tak layak. Jika jumlah pendapatan keluarga orang lain tinggi seperti KSN, maka akan gagal.  Orang lain akan dinilai pendapatan keluarga untuk diberi biasiswa berkenaan. Tapi anak KSN?? Tambah pula bila dinilai sewaktu temuduga, anak KSN berada di kedudukan tercorot!

3.    KSN boleh benarkan menantunya untuk minta projek kerajaan sedangkan penjawat awam lain ditegah melalui surat edaran yang dikeluarkan KSN. Penjawat awam akan dikenakan tindakan tatatertib hinggakan dibuang kerja jika didapati melanggar peraturan. Tapi menantu KSN? Siapa berani kenakan tindakan ke atas KSN? SPRM?


Sama seperti KETAM MELAYu bukan? KSN boleh buat, orang lain tak boleh! Di manakah integiriti anda wahai KSN seperti yang sering dilaungkan?

Sama seperti KETAM MELAYU yang busuk hatinya, maka begitulah sikap KSN anda semua. Diri sendiri pun tidak betul, lagi nak mengajar orang jalan lurus!


 

 

 
KSN pun berjalan senget. Ada ku kesah?? haha


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.