Sunday 13 May 2012

Kisah KPI

Kita dimaklumkan bahawa semua KSU-KSU perlu menjalani penilaian KPI yang dibuat oleh HayGroup (konsultan yang buat SBPA sejak 2007 sejak Tan Sri Ismail Adam jadi KPPA dan kini Tan Sri Ismail Adam jadi rakan kongsi)

Kita dimaklumkan terdapat beberapa  KSU anak emas KSN (bukan semua KSU anak emas KSN) yang tidak mencapai KPI atau dengan lain perkataan tidak layak jadi KSU!. Apa tindakan KSN terhadap mereka? Kenapa tidak di’pool’kan mereka ini seperti Datuk Halim Man? Atau ditukarkan ke jawatan lain seperti yang dibuat kepada Datuk Yaacob, bekas KP MAMPU?

Adakah sebab mereka semua Pak Turut yang terhebat buat KSN? Kerana Pak Turut inilah maka perkhidmatan awam Malaysia tidak berkembang. Ibarat lalang, semuanya di IYA kan sahaja demi survival jawatan masing-masing.

Ada jugak KSU anak emas KSN yang dijanjikan pelbagai jawatan selepas KSU berkenaan tamat kontrak oleh KSN. Sebab itu kita boleh lihat KSU ini nampak seperti tidak mempunyai pendirian tetap dalam isu-isu besar Negara. Tapi adakah janji KSN ditepati? Hanya pakKSU boleh sahkannya.

Tan Sri Ismail Adam bekas KPPA juga dijanjikan macam-macam jawatan oleh KSN. Sebab itu Tan Sri Ismail sanggup bagi biasiswa JPA kepada anak KSN walaupun markah anak KSN paling rendah demi menagih jawatan tertentu.

Tapi janji KSN hanya tinggal janji. Nasib baik ada SBPA. Boleh Tan Sri Ismail melalui syarikat beliau HayGroup masyukkk dengan kucar-kacirkan SBPA, benda yang Tan Sri Ismail buat sewaktu jadi KPPA dulu. Tapi demi mengejar jawatan dan masyuukkk, Tan Sri Ismail sanggup menggadaikan prinsip dan maruah dan jadi flip-flop seperti KSN.

Sebab itu kita ingin cadangkan agar tiada pelantikan kontrak bagi pengawai pengurusan tertinggi bila mencapai umur persaraan wajib. Dah pencen, pencen sahajalah!. Apalah guna diujudkan umur persaraan wajib buat penjawat awam jika pengurusan tertinggi tiada had umur untuk bersara dengan penyambungan kontrak berkali-kali macam KSN!. Hanya orang yang mempunyai sikap tidak yakin dengan diri sendiri atau low esteem sahaja yang takut nak berhenti. Tapi bagi KSN kita yakin sebab loan banglonya belum setel!

Tidak kah kerajaan terfikir bahawa dengan pemberian dan sambungan kontrak berkali-kali untuk pegawai pengurusan tertinggi telah menerbitkan rasa benci penjawat awam terutamanya kumpulan pelaksana terhadap kerajaan seolah-olah kumpulan pengurusan tertinggi ini amat penting berbanding kumpulan lain. Bukankah YAB PM menyatakan dalam Parlimen bahawa beliau lebih mementingkan dan memperjuangkan nasib 1.4 juta penjawat awam berbanding 36 premier sewaktu diasak oleh YB Mahfuz Omar?.

Jadi jika benar mementingkan 1.4 juta berbanding 36 premier, apa perlunya dan istimewanya kumpulan pengurusan tertinggi untuk ditawarkan atau dilanjutkan kontrak lagi? Kelak Kerajaan dilihat sekali lagi tidak menepati janji seperti mana diucapkan YAB PM dalam Parlimen, setelah banyak janji-janji yang dibuat KSN dalam SBPA tidak ditepati!



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.