Sunday 13 May 2012

Punca KSN benci SBPA?

Selain dari akronim SBPA = SIDEK BERHENTI PEGAWAI AMAN, antara punca lain KSN benci SBPA ialah kerana KSN merasakan premier semua tidak dengar cakap KSN sewaktu pilih opsyen persaraan.

Sewaktu tempoh tandatangan opsyen SBPA hampir tamat, kita dimaklumkan bahawa KSN telah memanggil mesyuarat bersama kesemua 36 Premier dan meminta mereka mengambil umur persaraan 58 tahun bukan 60 tahun atas alasan ‘FAKTOR POLITIK’.

"Takut orang marah" kata KSN sambil KSN turut memaklumkan dia  bersara bukan pada umur 58 tahun (Dengki le tu premier dapat pilih 60 tahun dan KSN tak dapat pilih 60 tahun!) 

Namun, kesemua premier sebaliknya tetap kekal memilih  umur persaraan 60 tahun. Sebab itu KSN amat marah bila dapat tahu semua 36 Premier  tidak pilih umur persaraan 58 tahun seperti yang telah diminta KSN. KSN rasakan mereka telah menikam KSN dari belakang.

Haha.. sungguh dangkal pemikiran KSN anda semua. Itu pun sensitif?

Sejak dari itu, KSN yang kita kenal pantang dicabar ini telah berjuang habis-habisan untuk tamatkan riwayat SBPA. Kita tahu bahawa KSN seorang yang ingin batalkan SBPA bukan CUEPACS dan JPA.

Hasilnya memang KSN berjaya batalkan SBPA dan memberikan SSM Plus yang minus kepada penjawat awam. Biasalah. KSN anda ini seorang yang amat istimewa dan amat lain keupayaannya. Semua benda dia tak tahu kecuali pool kan orang dan kambing hitamkan orang.

Lihatlah apa hasilnya. Satu lagi projek kerajaan Sidik Hasan!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.