Sunday 13 May 2012

Masihkah Kau Ingat: Bekas KSU Kementerian Tenaga

Dalam kes Datuk Halim bin Man, bekas KSU Kementerian Tenaga, KSN juga telah menyalah gunakan kuasa sebagai KSN untuk memastikan Datuk Halim dimasukkan dalam ‘pool’. Kita dimaklumkan bahawa Datuk Halim Man merupakan seorang KSU yang baik dan disukai oleh warga kementeriannya. Namun malang nasib Datuk Halim Man kerana mempunyai KSN seperti Sidik Hasan yang MAHA BUSUK HATI dan IRI HATI.

KSN yang busuk hati ini telah mencari salah dan dosa besar Datuk Halim bersungguh-sungguh sampai ke lubang cacing demi memastikan matlamat KSN untuk masukkan Datuk Halim ke dalam ‘pool’ terlaksana.

Laksana syaitan bertopengkan manusia, Sidik Hasan telah mereka-reka salah dan dosa besar Datuk Halim apabila tidak jumpa salah dan dosa besar yang boleh membuatkan Datuk Halim masuk ke ‘pool’. KSN memaklumkan bahawa Datuk Halim sering tidak hadir mesyuarat yang dipengerusikan KSN. Benarkah begitu? Bagaimana dengan KSU lain yang tidak hadir? Kenapakah tidak di’pool’kan?

Yang kedua, KSN Sidik Hasan telah menggunakan laporan KPI yang diberikan oleh Menteri untuk ‘pool’ kan Datuk Halim. Tapi mengenali KSN yang berperangai buruk ini, kita yakin bahawa KSN mungkin telah berpakat dengan pak Menteri untuk memberikan markah yang rendah kepada Datuk Halim. Tapi bagaimana pula dengan KSU-KSU pilihan KSN yang turut mendapat markah KPI yang rendah? Kenapa tidak dikenakan ‘pool’?

Yang menyedihkan ialah prosedur Datuk Halim dimasukkan ke ‘pool’. Kita dimaklumkan bahawa KSN telah MENGELUARKAN KENYATAAN AKHBAR terlebih dahulu sebelum mengeluarkan surat penempatan untuk Datuk Halim dimasukkan ke ‘pool’!. KSN sepatutnya keluarkan surat penempatan ke ‘pool’ terlebih dahulu sebelum keluarkan kenyataan akhbar! Datuk Halim hanya tahu beliau dimasukkan ke ‘pool’ melalui media yang menghubungi beliau, bukan dari mana-mana surat penempatan.

Malah lebih teruk, KSN telah menarik balik pemangkuan Datuk Halim walaupun urusan ‘confirmation’ telah lama dihantar oleh kementerian. Namun sebab KSN yang berhati busuk telah benci Datuk Halim, maka beliau tidak di’confirm’kan sehingga dimasukkan ke 'pool'.

Sampai begitu hina sekali KSN perlakukan kepada Datuk Halim yang dianggap musuh KSN. Bagaimana jika kita yang berada di tempat Datuk Halim Man, apa perasaan kita? Tapi KSN Sidik Hasan mana ada fikir perasaan orang lain. Tapi KSN marah bangattt kalau orang lain tak jaga perasaan dan hormat KSN.

Kepada pegawai pengurusan tertinggi yang belum confirm, hati-hatilah ye. Mungkin ada dendam kesumat KSN kepada anda yang belum selesai. Kalau pegawai di peringkat KSU pun KSN boleh lakukan sesuka hati, apa sangatlah penjawat awam marhaen seperti kita semua kannn.

Sebab itu kita tak terkejut bila KSN boleh halau penghuni kuaters Putrajaya sesuka hati sekarang ini!

Penyelesaiannya? Berhentikan KSN.....





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.