Thursday 17 January 2013

Apa jadi pada Suruhanjaya SBPA Tun Zaki?

Apa jadi pada suruhanjaya ini ya? Kata Sidik Hasan, Kerajaan akan umumkan penambahbaikan SBPA pada 31 Disember 2012. Tapi kini dah hampir dua minggu, tiada apa-apa pengumuman penambahbaikan langsung. Masih berjalankah Suruhanjaya ini?

Ahli Suruhanjaya ni semua dibayar elaun yang mahal-mahal. Ada pulak duit ya? Nak tambah gaji dulu cakap tak ada duit. Alasannya sebab kkumpulan sokongan ramai, tak boleh naik gaji banyak-banyak. Tapi JUSA tak ramai, boleh naik banyak-banyak.

Sampai kita tidak sedar, elaun JUSA ada dinaikkan (dikatakan 'diselaraskan') secara senyap sewaktu Sidik Hasan jadi KSN dan Ismail Adam jadi KPPA. Tak percaya? Carilah pekeliling tu.

Tak jumpa? Kita orang bawahan mana boleh jumpa...

Penjawat Awam yang gajinya langgar dinding, tahniah lah kerana kekal melekat pada dinding yang sama. kalau SBPA dulu, dah dapat kenaikan tahunan tapi sekarang?

Mana CUEPACS? Mana Ismail Adam? Semuanya diam membisu jaga periuk nasi sendiri.

Penjawat Awam semua telah ditipu sekali lagi.......


P/s: Suruhanjaya yang buang duit rakyat sahaja. Habuk pun tarak..





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.