Thursday 17 January 2013

Kisah Pelaksana Tugas KPPA

Selepas penamatan KPPA, tugas dan tanggung jawab KPPA dijalankan oleh seorang pegawai kanan di JPA atas jawatan beliau selaku no. 2 selepas KPPA (walau beliau junior). Memang jawatan KPPA inilah yang diidam-idamkan beliau sehingga sanggup jadi agen Sidik Hasan.

Kita menerima banyak aduan berkenaan pegawai kanan ini yang semakin gila kuasa dan merosakkan JPA dan Perkhidmatan Awam kerana kemaruk nak jadi KPPA.

Kita dimaklumkan beliau bekas Pengarah bahagian di JPA. Sewaktu jadi pengarah beliau hampir ditukarkan oleh Sidik Hasan kerana berprestasi rendah. Tapi tiba-tiba anak Sidik Hasan buat praktikal di JPA di mana bahagian pegawai ini turut dihadiri anak Sidik Hasan. Hasilnya pegawai ini telah naik ratingnya bila mana anak Sidik Hasan asyik puji pegawai ini di hadapan bapanya kerana pandai jaga dan bodek anak Sidik Hasan. Maka Pegawai ini tidak jadi ditukarkan keluar dari JPA.
(Pengajarannya: jika nak naik pangkat cepat, jaga lah anak bos anda dengan sebaik mungkin! Tambah kalau bos kurang cerdik macam Sidik Hasan)

Sebelum jadi pengarah di bahagian berkenaan, beliau sudah biasa hidup menikam belakang bosnya sendiri sewaktu jadi Timbalan Pengarah. Dua orang bos nya telah dihukum akibat tindakan sabotaj beliau untuk capai kepentingan peribadi menjawat jawatan Pengarah bahagian berkenaan. Maka tidak hairanlah beliau sanggup menikam belakang KPPA untuk menjawat jawatan KPPA dengan menjadi agen Sidik Hasan bila mengaku tidak tahu menahu tentang SBPA sedangkan beliau pengerusikan mesyuarat sebelum perkara berkenaan dibawa kepada KPPA.

Kita dimaklumkan jawatan yang disandang beliau sekarang, dahulunya Gred JUSA A sahaja. Sama seperti timbalan KPPA satu lagi. Tetapi sewaktu beliau jadi pengarah, beliau naik tarafkan jawatan berkenaan menjadi Turus 3. Asalnya hanya KUP kepada Datuk Khalil (Timbalan KPPA terdahulu) sahaja. Tetapi kerana beliau yang akan menjawat jawatan berkenaan, jawatan berkenaan tidak dikembalikan ke JUSA A tapi terus dikekalkan TURUS 3. Licik sungguh perancangan beliau.

Di hari kedua beliau jalankan tugas KPPA (tanpa kuasa KPPA) beliau ingin menukarkan semua pegawai yang rapat dengan KPPA dahulu. Malah orang no 3 di JPA (bekas bos beliau) pun sanggup beliau tukarkan kerana pegawai berkenaan lagi popular dan lebih digemari warga JPA berbanding beliau yang kaki pengampu Sidik Hasan. Mungkin beliau merasakan pegawai berkenaan merupakan ancaman kepada beliau untuk jadi KPPA.

Sejak beliau jalankan tugas sebagai KPPA, strategi maha bodek KSN telah dipasang beliau supaya beliau layak jadi KPPA. Antaranya bila mesyuarat KSU pertama kali dibuat di JPA. Kononnya untuk menunjuk-nunjuk kepada KSN tentang cara beliau mentadbir JPA bila KSN turut dibawa melawat sekitar JPA.

Selain itu, beliau juga telah bodek KSN dengan jemput KSN berbuka puasa bersama warga JPA. Yang kelakarnya, majlis berkenaan tidak mendapat sambutan daripada warga JPA sendiri apabila warga JPA hanya memenuhi suku ruang dalam auditorium JPA. Esoknya beliau memanggil semua pegawai tadbir bahagian dan marah (kita dimaklumkan 'gila meroyan'). Semua alasan diberikan pegawai tadbir berkenaan tidak diterima beliau. Beliau kata mereka hendak sabotaj beliau. Sabotaj dari apa? Sabotaj dari jadi KPPA? Jadi memang telah lama mengidam jawatan KPPA rupanya sampai terkeluar perkataan SABOTAJ....


BERSAMBUNG....




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.