Thursday 17 January 2013

Jasa Sidik Hasan 4 : Transformasi ke belakang - Senioriti tak penting

Kita pernah menulis berkenaan kepentingan pelan pengganti di artikel terdahulu. Rujuk : http://kuasasebenarrakyat.blogspot.com/2012/06/perlunya-pelan-penggantian.html


Kita pernah cakap tentang sistem dalam ATM dan PDRM yang cantik. Tapi sejak zaman Sidik Hasan, semuanya berubah ikut selera biskut kering beliau.

Buktinya, jawatan KSN dahulu nya dilantik dari kalangan KSU kini dilantik bukan dari kalangan KSU. KSN terbaru jawatan lamanya KP UKAS. Satu unit kecil di bawah EPU bertaraf Setiausaha Bahagian di kementerian tapi dinaik tarafkan Sidik Hasan hingga jadi Turus 3. Tapi masalahnya UKAS ini bukan agensi pusat. Hanya agensi kecil yang mempunyai kakitangan yang kecil, jauh lebih sedikit dari kakitangan kementerian yang kecil.

Dalam hirarkinya, KP UKAS tidak masuk mesyuarat KSU. Tiba-tiba perlu pengerusikan mesyuarat KSU. Nasib baik KSU kita semuanya YES MAN. Semuanya ikut saja.

Dalam sistem politik, kenapakah calon Perdana Menteri mesti dari Timbalan Perdana Menteri? Apakah boleh Ketua Bahagian UMNO dilantik jadi Perdana Menteri? Takkanlah Ketua Bahagian UMNO tiba-tiba nak mengarahkan Menteri kabinet pula. Mesti tidak boleh. Mungkin ada yang berkata bertentangan dengan perlembagaan.

Mesti ada yang kata politik dan perkhidmatan awam lain. Memang lain, tapi kenapa dalam politik, ATM dan PDRM senioriti dan pelan penggantian itu penting, tapi dalam perkhidmatan awam, ia tak penting pula?

Sejarah pernah membuktikan bahawa ada KSN yang dilantik dengan pengalaman KSU tak sampai seminggu. Ini sebagai menghormati jawatan KSU itu sendiri. Biar bakal KSN berpengalaman menguruskan kementerian yang mencabar dan political master yang hebat.

Malah KSN terdahulu juga pastikan KSU adalah dari kalangan TKSU dan KPPA pula dari kalangan KSU (bukan dari Timbalan KPPA ye!)

Tapi apa Sidik Hasan buat? Transformasi cara beliau....

Kita tak salahkan KSN sekarang kerana beliau tidak berkuasa buat apa-apa kerana tidak ada kuasa pada waktu itu. Tapi kini beliau berkuasa, maka buatlah pelan penggantian yang terbaik supaya kelak tidak ada penjawat awam yang akan menyumpah seranah KSN seperti mana yang berlaku kepada Sidik Hasan sekarang



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.