Thursday 17 January 2013

Mengapa bekas Pegawai Sidik Hasan di JPA?

Sewaktu di majlis perkahwinan anak seorang pesara kanan kerajaan, beliau ada mempersoalkan kenapa bekas pegawai Sidik Hasan ditempatkan di jawatan strategik di Bahagian Servis JPA.

Beliau menganggap bahawa yang menyediakan surat penamatan KPPA sudah pastinya Sidik Hasan.

Jika Sidik Hasan yang tulis surat, sudah pasti yang men drafkan surat berkenaan ialah pegawai beliau. Jadi, ada dua orang yang berpotensi draf surat berkenaan. Samada Pegawai Khas atau SUSK Sidik Hasan. Beliau menyatakan, selalunya ................. yang akan drafkan surat berkaitan hal perkhidmatan.

Jadi mengapa mereka tidak maklumkan KPPA sebagai Ketua Perkhidmatan mereka bahawa ada surat penamatan sedang didrafkan? Jika dalam tentera, KPPA seperti Panglima Angkatan Tentera, maka sudah pasti mereka akan menjaga ketua mereka. Tapi dalam perkhidmatan awam, tidak sedemikian. Mungkin itu hasil didikan Sidik Hasan hinggakan sanggup YES MAN kepada Sidik Hasan seorang sahaja tanpa memikirkan nasib Skim mereka sendiri

Lebih menyedihkan, pegawai berkenaan tanpa rasa malu dan bersalah, masuk JPA. Agensi di bawah KPPA, orang yang mereka telah draf kan surat penamatan secara diam-diam.

"Kalau pegawai berkenaan ada maruah sesuai dengan latar belakang beliau yang alim, sudah pasti beliau tidak akan menerima bila diminta masuk JPA tambahan pula jawatan itu lama tidak diisi kononnya Sidik Hasan ingin cari calon sesuai" ujar pesara kanan berkenaan.

"Adakah calon sesuai itu bagi Sidik Hasan ialah bekas pegawai nya sendiri hingga sanggup menunggu sekian lama untuk mengisinya? Atau adakah kerana pegawai berkenaan ditempatkan di JPA sebagai 'spy' untuk jatuhkan KSN sekarang bersama dengan konco-konco Sidek Hasan yang sedia ada di JPA?" ujar beliau secara sinis.

Buat KSN, hati-hati lah dengan pegawai ini.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.