Thursday 17 January 2013

Jasa Sidik Hasan 5 : Pecah belah penjawat awam

Kita masih teringat sewaktu isu SBPA dulu, Sidik Hasan telah pusing satu Malaya dan canangkan beliau tidak tahu menahu dalam SBPA. Ini telah menyerlahkan sifat 'kurang bijak' dan 'kurang kelakian' beliau sebagai pemimpin apabila menghentam JPA dan KPPA tanpa kehadiran JPA dan KPPA.

Di satu sudut lain pula, beliau telah pakat dengan bekas KPPA Ismail Adam untuk jahanamkan SBPA. (dulunya Ismail Adam ni benci sangat Sidik Hasan sampai sanggup kutuk Sidik Hasan secara terbuka dalam ceramahnya, dalam ucapannya malah depan anak Sidik Hasan sewaktu jadi KPPA dulu). Buktinya pada SMS yang kita terima berkenaan pakatan Ismail Adam dan anak buah kesayangannya "Si Misai Putrajaya" untuk jahanamkan SBPA dan KPPA.

Kemudian Sidik Hasan pakat dengan Dato' "Obama" dengan janjikan kontrak sebagai presiden akan disambung tapi kena pastikan SBPA dikuburkan. Sekarang SBPA dah kubur, apa kitorang dapat wahai Dato' Obama?

Beliau juga jadi hero dalam mesyuarat kabinet dengan menyalahkan JPA dan KPPA tanpa kehadiran JPA dan KPPA untuk memberikan penjelasan. Ahli mesyuarat boleh percaya pula tu. Kalau saya ahli mesyuarat yang bijak, saya tidak dengar sebelah pihak saja. Saya tidak mahu mengulang kenyataan Mantan PM Tun Dr Mahathir tentang keahlian profesional dalam parti.

Seorang pemimpin yang baik ialah yang menyatupadukan. Bukan memecah belahkan. Sidik Hasan amat pakar dalam pecah belahkan penjawat awam hingga ramai yang telah menyokong pembangkang.

Sejarah selalu berulang. Adakah sejarah ini akan berulang dalam Petronas hingga ramai yang akan menyokong pembangkang?


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.