Thursday 17 January 2013

Jasa Sidik Hasan 3: Naik pangkat orang rapat

Jasa Sidik Hasan seterusnya ialah menaikkan pangkat orang yang dikenali beliau. Bukan kerana prestasi.

Dulu Pegawai Khas beliau pun ditukar masuk PTD sesuka hati beliau terus ke gred 54 dan dinaikkan pangkat hingga ke JUSA B. Kenapa? Teruk betul tugas Pegawai Khas KSN tu ye mengalahkan Ketua Polis Negeri di gred JUSA C. Bila JUSA B, dah kena sediakan driver. Bukan kos tambahan ke tu? Agensi kerajaan tak boleh tambah jawatan JUSA sesuka hati, tapi Sidik Hasan dengan suka hatinya tambah.

Apa kerja Pegawai Khas KSN tu? Buat Slide presentation? Buat speech? Buat jadual? Buat lain-lain tugas yang diarahkan Sidik Hasan seperti kambing hitamkan orang? Yang pastinya, speech, slide presentation dan jadual tu bukan dia yang buat. Orang lain yang buat. Buktinya?

Katakan majlis A dihadiri Sidik Hasan dianjurkan oleh agensi X. Maka pegawai di Agensi X akan sediakan teks ucapan dan slide presentation Sidik Hasan tapi kena kemukakan kepada Pegawai Khas tu. Jadi tugas Pegawai Khas KSN seperti posmen itu telah diiktiraf oleh Sidik Hasan sebagai PAKAR.

Lihat pula bagaimana pelantikan KSU dan KP. Semuanya dikenali Sidik Hasan. Ramai antara mereka pernah berkerja di MITI. Apakah itu kriteria utama? Walaupun ada antara KSU yang pencapaian KPI nya lagi rendah dari TKSU, tapi Sidik Hasan pejamkan mata sahaja kecuali bagi mana-mana KSU yang berani bersuara dan bijak seperti Dato Halim Man pasti akan dicantas atas alasan tak munasabah.
Maka jadi lah pegawai atasan penjawat awam sebagai YES MAN untuk jaga periuk nasi sendiri. Sapa melawan, ditamatkan perkhidmatan atau di pool kan....

Hebat jasa Sidik Hasan ni. Tak pernah dibuat KSN dulu


p/s: Buat warga Petronas, jadilah YES MAN yang sejati bila meeting dengan Sidik Hasan. At least dapat menikmati biskut kering lebih lama..



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.