Thursday 17 January 2013

Jasa Sidik Hasan 6: Tanam agen risikan/suruhan

Tidak percaya bila baca tajuk di atas?

Sewaktu isu SBPA, perkara ini amat jelas kelihatan di mana agen-agen Sidik Hasan telah ditanam di JPA untuk jahanamkan SBPA dan KPPA.

Ada agen Sidik Hasan sebagai pegawai kanan di JPA telah membocorkan maklumat SBPA kepada Sidik Hasan secara tak rasmi. Jika tak rasmi, pasti ada rekaan agen itu sendiri.

Ada agen Sidik Hasan di JPA yang turut mengaku tidak tahu menahu tentang SBPA yang kenyataannya digunakan Sidik Hasan dalam mesyuarat kabinet.

Malah ada agen Sidik Hasan di JPA yang lebih biadap telah berjumpa dengan KPPA untuk minta KPPA bersara awal atau dikenakan hukuman sekiranya degil.  Ibarat lembu hitam dicucuk hidung agen berkenaan sanggup lakukan kepada Ketua Jabatannya sendiri. Mungkin agen berkenaan terlupa pepatah melayu ada menerangkan tentang adab dan adat iaitu "di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung". Tapi nampaknya agen ini sanggup jungjung Sidik Hasan sebagai godfather nya atau Abang Besar beliau berbanding KPPA sebagai Ketua Jabatannya.

Agen-agen berkenaan masih berada di JPA. Sebab itu kita minta KSN tukarkan penasihat-penasihat beliau di JPA supaya tidak dipermainkan oleh agen-agen Sidik Hasan seperti mana berlaku kepada KPPA dulu. Mereka ini merasakan mereka lebih tahu tentang perkhidmatan awam berbanding KPPA dulu dan kini KSN hingga sanggup melakukan apa saja perkara yang buruk tetapi berselindung di sebalik KPPA dan KSN.


 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.