Thursday 5 April 2012

Kemelut SBPA: Siapa yang untung?

Penjawat awam merupakan tonggak jatuh bangun sesebuah negara. Selama ini penjawat awam tidak pernah dihidangkan dengan politik jijik seperti mana yang berlaku dalam SBPA.

SBPA telah menunjukkan sikap sebenar KSN, CUEPACS dan Pegawai Pengurusan Tertinggi yang lain.

Selama ini juga penjawat awam diajar supaya berkecuali dan tidak melibatkan diri dengan politik kecuali dengan kebenaran Ketua Jabatan bagi kumpulan pelaksana.

Kita bukan anti KSN. Tetapi kita tidak setuju apa yang telah dilakukan oleh KSN dalam isu SBPA ini kerana kesannya kepada KITA yang akan berada dalam perkhidmatan awam selama 10 atau 20 tahun lagi.

Melalui kemelut SBPA ini, CUEPACS dan JPA tidak mempunyai hubungan yang baik. Sudah pasti siapa juga yang memimpin CUEPACS dan JPA di masa hadapan akan mempunyai persepsi tertentu dan rasa ragu-ragu antara satu sama lain.

Penjawat awam antara kumpulan pelaksana dan P&P juga turut mempunyai persepsi negatif dan mula memandang serong antara satu sama lain.

Malah pergeseran antara skim tertentu juga telah mula tercetus akibat ketidak puasan hati antara skim.

Sebab itu blog ini diwujudkan untuk menceritakan kisah sebenar tentang apa yang berlaku dalam perkhidmatan awam khususnya dalam SBPA memandangkan isu SBPA ini telah meninggalkan sejarah tersendiri dalam perkhidmatan awam.

Untuk penulisan dalam blog ini, kita memperolehi pelbagai sumber yang tidak diduga daripada penjawat awam pelbagai peringkat yang tidak putus-putus memberikan maklumat yang tidak diduga. Ini menunjukkan budaya kebocoran maklumat kerajaan yang semakin berleluasa akibat rasa tidak puas hati terhadap KSN.

Maka semakin lama KSN berkuasa, kita khuatir semakin rosak perkhidmatan awam dek permainan politik kotor beliau seperti mana yang ditunjukkan dalam SBPA.

Jadi siapa yang untung dalam kemelut SBPA ini? Bukankah Presiden CUEPACS dan KSN?

Malangnya kedua-dua mereka berstatus kontrak. Mereka tidak perlu runsing apa yang akan berlaku dalam perkhidmatan awam di masa hadapan. Sebab itu mereka bersetuju kembali ke SSM yang lebih teruk dari SBPA.

Mungkinkah sebab mereka tidak merasa pencen yang tinggi dalam SBPA, maka mereka pun tidak mahu orang lain merasainya?

Kepada mereka berdua, ingatlah bahawa Allah Maha Berkuasa...


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.