Sunday 1 April 2012

KSN vs KPPA

Sekarang kita sering terdengar desakan agar KSN dan KPPA letak jawatan atas kemelut SBPA ini. Ini semua supaya BN akan menang PRU nanti.

Persoalannya benarkah peletakan jawatan kedua-dua pegawai berkenaan akan memberikan BN kemenangan besar? Tidakkah kita terfikir bahawa salah seorang dari mereka itu pasti telah dianiaya? Jelas kita nampak KPPA telah disabotaj oleh KSN dan dijadikan 'kambing hitam' oleh KSN untuk lepaskan diri dari keputusan yang KSN buat berkaitan SBPA!

Jadi bagaimana dengan persepsi penjawat awam? Semua penjawat awam telah mempunyai persepsi bahawa KPPA telah disabotaj KSN dan menjadi 'kambing hitam' KSN dalam isu SBPA ini. Kita yakin KPPA juga mempunyai penyokong yang ramai. Kita khuatir penjawat awam yang merupakan penyokong BN selama ini akan mula berpaling tadah sekiranya terjadinya upacara 'pengambingan hitam' KPPA oleh pihak kerajaan. Bukankah menangani simpati dan persepsi sebenarnya amat sukar dari mengatasi masalah yang terjadi?

Masalah SBPA sudahpun ditangani oleh YAB PM. Setidak-tidaknya rakyat nampak YAB PM sebagai hero dalam kemelut ini. Maka wajarkah kedua-dua pegawai di'denda' selepas masalah diselesaikan? Sepatutnya jika hendak men'denda' mereka pun, buatlah sewaktu awal kemelut bukan selepas tamat kemelut. Bukankah ini akan memberi 'bola tanggung' kepada pembangkang?

Kita ingin cadangkan kepada YAB Perdana Menteri agar mendengar suara akar umbi penjawat awam yang tidak mahukan KSN sambung kontrak lagi. Tetapi YAB Perdana Menteri nampaknya lebih suka mendengar suara orang sekeliling yang terdiri daripada golongan  atasan yang bacul dan lebih suka menjaga periuk nasi sendiri dari menyatakan kebenaran. Bukankah faktor "semuanya ok" oleh orang sekeliling beliau menyebabkan YAB PM hampir kalah dalam PRU suatu masa dulu?

Lagipun, KSN yang flip-flop merupakan faktor penjawat awam berpaling tadah kepada pembangkang dalam PRU lepas hinggakan Putrajaya pun lebih kurang 40% telah menyokong pembangkang. Maka tidak terfikirkah YAB PM bahawa KSN lah sebenarnya merupakan PARASIT dan LIABILITI kepada kerajaan untuk menang PRU nanti?

Kerana KSN - menang majoriti mudah PRU 12
Kerana KSN - kalah PRU 13?

Sebelum ia berlaku, ambillah tindakan sewajarnya wahai YAB PM. Tamatkan kontrak KSN secepat mungkin dengan tiada penyambungan kontrak merupakan tindakan paling tepat dan wajar ...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.