Sunday 1 April 2012

Pegawai di Pejabat KSN Mesti Pangkat JUSA?

Kita tidak nafikan bahawa tugas sebagai KSN memang memerlukan pembantu dan pegawai khas bagi memastikan tugas dapat berjalan dengan lancar. Tugas berkenaan termasuklah penyediaan teks ucapan, slaid, jadual tugasan KSN dan lain-lain

Tetapi kenapa Pegawai Khas KSN dinaikkan pangkat sehingga JUSA B? JUSA B ini pangkatnya lebih tinggi berbanding KETUA POLIS NEGERI yang berpangkat JUSA C sahaja!!. Sesiapa yang pernah berurusan dengan Pegawai Khas KSN tahu bahawa beliau hanya jadi posmen sahaja. Teks ucapan agensi yang buat. Bila ada pindaan pula diserahkan kembali kepada agensi untuk dibuat. Jadi apa tugas beliau sebenar yang terlalu penting dan rumit sehinggakan perlu diberi JUSA B?

Seorang lagi SUSK KSN pula pangkat JUSA C. Seorang lagi Pegawai Khas KSN gred 52 yang tengah gilakan pangkat JUSA hinggakan sanggup mem'bodoh'kan JPA bila tidak dapat JUSA. Wajarkah semua ini?

Kita tahu KSN pengerusi Lembaga Naik Pangkat. Tapi janganlah sesuka hati beri kenaikan pangkat kepada pegawai pejabat sendiri sedangkan pegawai lain pula amat susah nak naik pangkat terutamanya JUSA.

Sampai bila perkhidmatan awam perlu kucar kacir begini?


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.